Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

YB Ambil Gambar Atas...

GARA-GARA aduan jalan berlubang tidak diendahkan pihak bertanggungjawab, seorang lelaki dilihat membuat aksi...

Gambar Selebriti Hollywood Yang...

BARU-baru ini, kita dikejutkan dengan perubahan wajah secara total oleh pelakon Renee Zellweger...

Susan Sarandon Dikecam, Pakai...

Susan Sarandon bukan calang-calang artis sebaliknya dia merupakan seorang pelakon yang hebat dan...

Calon PKR ‘Tak Goyang’...

SHAH ALAM – Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni ‘tidak goyang’ sekiranya BN...

Polis Bantuan Berperanan Kurangkan Jenayah

IPOH – Kewujudan polis bantuan di kawasan penempatan mampu membantu mengurangkan kadar jenayah serta meningkatkan keyakinan penduduk, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Rusli Ahmad.

Katanya walaupun hanya menjawat jawatan sebagai polis bantuan, namun anggota berkenaan juga melakukan tugas-tugas polis sebenar di kawasan yang telah ditugaskan.

“Polis bantuan yang dilantik ini telah didedahkan dengan latihan kepolisan yang cukup untuk melakukan tugas-tugas yang perlu digalas polis sebenar bagi menjamin keselamatan penduduk.

“Mereka ini bukan sahaja perlu memberi perlindungan serta menjaga harta benda majikan tetapi turut menjadi mata dan telinga kepada pihak polis bagi mencegah sebarang kegiatan jenayah daripada berlaku,” katanya ketika berucap merasmikan penubuhan Polis Bantuan Pinji Botani di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 25 anggota polis bantuan dilantik Pinji Botanics Sdn Bhd bagi menjamin keselamatan dan meningkatkan keyakinan penduduk di Bandar Seri Botani.

Kesemua polis bantuan yang dilantik itu menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Langkawi selama 63 hari dari 14 Ogos hingga 13 Okt lalu, melibatkan pelbagai latihan kepolisan termasuk perundangan, pengendalian senjata api dan kawad kaki.


Bandar baharu seluas 485.62 hektar yang dibangunkan sejak tahun 2004 itu mempunyai penduduk seramai 20,000 orang serta mempunyai lebih 5,000 buah rumah dan 175 rumah kedai yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan.

Menurut Rusli, apabila sesuatu kawasan mula membangun sudah pasti akan wujud pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan termasuk berlakunya kes jenayah.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan polis bantuan yang dilantik supaya menjaga disiplin dan menjalankan tugas dengan penuh integriti kerana mereka juga membawa imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak SAC T. Selvan, Pengarah Pinji Botanics Sdn Bhd Chow Siew Wai dan Pengurus Komersial Pinji Botanics Sdn Bhd Lee Chalk Hian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori