Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Program Lima Minit Antirokok/Vape...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan melaksanakan Program Lima Minit Antirokok/Vape di antara usaha...

Keluarga Arwah Kesal Tak...

JOHOR BAHRU – Keluarga pelajar tahfiz Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menyatakan...

Maut Dalam Keadaan ‘Bersujud’...

SEORANG pelajar kolej maut dalam keadaan 'bersujud' di atas kubur selepas motosikal ditunggang terbabas...

Bau Gas Dari Kilang...

SINGAPURA - Bau yang ‘tidak selesa’ yang dihidu penduduk di sini pada Isnin...

Polis Akan Ambil Keterangan Charles Dalam Masa Terdekat

IPOH – Polis akan mengambil keterangan adik Anthony Kevin Morais dalam masa terdekat berhubung dakwaan mengenai kes pembunuhan mendiang berkait rapat dengan kertas pertuduhan yang disediakan terhadap seorang pegawai tinggi kerajaan ketika berkhidmat di Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Charles Suresh Morais dilaporkan mempunyai maklumat tertentu berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya.

“Apa yang dia sebut ‘jenayah sudah dilakukan’ perlu diperjelaskan kepada kita (polis) kerana perlu menyiasat dakwaan tersebut.

“Kita akan menghubungi peguamnya, Americk Sidhu kerana beliau juga mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan itu bersama-sama Charles. Jadi kita akan panggil (Americk) untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 264 pegawai dan anggota polis yang terbabit dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah di Kem Pasukan Gerakan Am di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh.

Khalid mengingatkan Charles agar tidak membuat tuduhan sembarangan kerana beliau sepatutnya perlu mengemukakan bukti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum.

“Siasatan mengenai kes pembunuhan Kevin telah selesai kerana penjenayah telah dituduh di mahkamah. Kenapa sekarang dia buka cerita baharu…macam-macam pula. Semalam dia kata ada maklumat tertentu disimpan di dalam pemacu USB.

“Kenapa semasa siasatan dia tidak kemukakan kepada polis, kenapa simpan lama sangat (bahan bukti)?.

“Dia bercakap seolah-olah ada perancangan oleh pihak tertentu membangkitkan isu ini untuk menuduh pihak yang berkenaan tidak mengambil tindakan,” katanya.


Khalid mengulas laporan sebuah portal berita tempatan baru-baru ini, bahawa maklumat tertentu disimpan di dalam pemacu USB dan kini berada di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku.

Mengenai pembunuhan Bernard Then Ted Fen, 39, yang dipercayai dibunuh oleh kumpulan penculik Abu Sayyaf di selatan Filipina, Khalid berkata urusan menghantar sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga mangsa untuk mengesan dan mengenal pasti mangsa sedang diurus.

“Semalam, pihak polis Filipina telah menghubungi kita dan membuat aturan bagaimana sampel DNA keluarga mangsa untuk kita sampaikan kepada mereka. Jadi kita sedang berurusan dengan mereka,” katanya.

Khalid berkata pihaknya kini sedang menunggu keputusan daripada ketua polis negara itu untuk mengadakan satu pertemuan bagi membincangkan hal berkenaan.

Pada 14 Mei lepas, Then yang merupakan seorang jurutera elektrik antara dua mangsa yang diculik empat lelaki bersenjata dari selatan Filipina yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan pada pukul 7.45 malam.

Seorang lagi mangsa culik ialah Thien Nyuk Fun, 50, yang juga pengurus restoran berkenaan.

Bagaimanapun pada 8 Nov lepas, Thien dibebaskan oleh kumpulan penculik berkenaan melalui rundingan antara kerajaan Malaysia bersama kumpulan berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]XHtSZlx6Wv4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori