Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAN Harap `Bank of...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyokong penuh cadangan Sultan Johor, Sultan...

“Bercinta Dengan Zara Bukan...

SELEPAS mengumumkan hubungan percintaan mereka tempoh hari, pasangan pelakon Hafreez Adam dan Zara...

PRN: BN Umum Calon...

Kuala Lumpur : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

Tanah Terbiar Milik Persendirian...

MELAKA - Seluas 3,628 hektar tanah milik persendirian di negeri ini merupakan tanah...

Pokok Petai ‘Hybrid’ Sesuai Ditanam Dalam Pasu

SERDANG – Pokok petai ‘hybrid’ hasil ‘perkahwinan’ petai biasa dan petai padi, sesuai ditanam dalam pasu bagi mereka yang tidak mempunyai tanah untuk bertani.

Menurut seorang peserta ‘Fruit and Flower Kingdom’ di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017), Muhammad Ilyasa’ Ilias, tanaman itu ada keunikan tersendiri kerana baunya lebih menusuk berbanding petai biasa.

“Selain itu, tinggi pokok petai biasa boleh mencecah sehingga 98 kaki (30 meter) tetapi pokok petai ‘hybrid’ ini akan tumbuh paling tinggi hanya enam ke tujuh kaki (1.8 ke 2.1 meter),” kata pemuda berumur 18 tahun itu ketika ditemui Bernama di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Beliau berkata petai ‘hybrid’ mengambil masa satu sehingga dua tahun untuk berbuah dan isinya lebih besar berbanding petai biasa.

Beliau yang berasal dari Bukit Katil, Melaka, berkata kebanyakan pengunjung ke gerainya tertarik dengan gambar pokok petai ‘hybrid’ yang berbuah lebat dalam pasu selain harganya berpatutan.

“Di HPPNK 2017 ini, kami menjual anak pokok petai ‘hybrid’ kepada pengunjung dengan harga RM18 sahaja. Kalau ikut harga pasaran boleh mencecah RM25 hingga RM30 sepokok mengikut saiz pokok,” katanya.


‘Fruit and Flower Kingdom’ dianjurkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sempena HPPNK 2017, bermula Khamis lepas dan berakhir hari ini.

Bertemakan ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’, sambutan HPPNK tahun ini membawa pelbagai komponen antaranya Empayar Makanan, Ternakan Malaysia dan juga komponen terbaru, Festival Makanan Malaysia 2017. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • petai

Kategori