Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Negara Perlukan Penjawat Awam...

MELAKA - Negara memerlukan pegawai dan kakitangan awam yang mampu berfikir di luar...

RPEL Bantu Lahir Pekerja...

KUALA LUMPUR – Skim Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPEL) yang memberi peluang kepada kumpulan...

Najib Pengerusikan Mesyuarat MT...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis...

Tokpa Kongsi Pengalaman Dirawat...

KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed...

‘Pok Nik’ Teruja Muncul Pelumba Terbaik Malaysia

KULIM – Pelumba kebangsaan, Nik Mohd Azwan Zulkiflie tidak menyangka muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia pada peringkat pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 dari Taman Merdeka, Kangar ke Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim di sini, hari ini.

Pelumba pasukan Forca Amskins Racing (FAR) itu menduduki tangga kelima dalam ranking juara keseluruhan (jersi kuning) dengan catatan masa 3 jam 29 minit pada perlumbaan sejauh 147.9km.

Pencapaian tersebut turut meletakkan Nik Mohd Azwan di kedudukan ketiga jersi putih (pelumba terbaik Asia) di belakang pelumba pasukan KSPO Bianchi Asia Procycling, Seo Joon Yong dari Korea Selatan dan pelumba China, Wang Bo daripada pasukan Hengxiang.

“Semua rakan sepasukan memberikan kerjasama, jadi tiada masalah untuk saya mencatatkan keputusan positif pada perlumbaan hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan berkenaan.

Nik Mohd Azwan, yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pok Nik’, mengakui saingan sengit ditampilkan Wang Bo yang jelas berada dalam tahap terbaik untuk memenangi jersi Polka Dot Merah selaku Raja Bukit.

Anak jati Kelantan itu bagaimanapun bertekad untuk menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk memastikan jersi berkenaan berjaya dimiliki oleh pasukan FAR pada peringkat kedua dari Gerik ke Kota Bahru sejauh 208.3km, esok.


Dua zon pendakian menanti pelumba di Gerik dan banjaran Titiwangsa, disusuli tiga zon pecutan di Batu Melintang, Bukit Bunga dan Rantau Panjang.

“Saya pernah beraksi di laluan Gerik dalam LTdL tahun lepas, jadi saya akan cuba gunakan pengalaman saya untuk bantu dua pelumba pasukan kita, John Kronborg Ebsen dan Alvaro Duarte untuk meraih mata dalam laluan berbukit.

“Saya bagaimanapun menyerahkan kepada jurulatih untuk menentukan strategi perlumbaan…kalau saya diarahkan untuk berjuang untuk jersi hijau (Raja Pecut), saya akan beri yang terbaik,” kata Nik Mohd Azwan yang merupakan seorang anggota polis. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LTdL

Kategori