Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SME Bank Agih Dana...

KUALA LUMPUR - SME Bank mengagihkan bantuan kewangan sehingga RM70 juta, setakat ini,...

Anggota Parlimen Jelebu Meninggal...

SEREMBAN – Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, meninggal dunia di kediamannya...

Buaya Betina 8 Kaki...

NAMPAKNYA buaya ganas pun tidak ketinggalan mahu belajar di sekolah. Selepas reptilia itu...

Golongan Muda Raih Manfaat...

TOKYO - Projek mega seperti Transit Aliran Massa (MRT) telah mencipta beribu-ribu peluang...

PM Ucap Tahniah Kepada Gabenor Bank Negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz kerana dianugerahkan pingat Dekan Wharton dari University of Pennsylvania.

Najib yang juga Menteri Ekonomi berkata, pengiktirafan tinggi diterima Gabenor BNM itu juga satu pengiktirafan kepada sumbangan Zeti dalam penstabilan ekonomi Malaysia.

“Ini adalah pengiktirafan yang tinggi kepada sumbangan Tan Sri (Zeti) dalam penstabilan ekonomi Malaysia.

“Saya yakin asas ekonomi Malaysia akan terus kukuh dengan gandingan dasar fiskal Kerajaan Persekutuan dan dasar monetari Bank Negara (BNM). Tahniah,” katanya melalui entri Facebook Najib Razak di sini hari ini.


Media semalam melaporkan Zeti dianugerahkan pingat Dekan Wharton dari University of Pennsylvania yang merupakan anugerah tertinggi bagi alumni universiti berkenaan.

Anugerah itu disampaikan oleh Dekan Sekolah Wharton, Geoffrey Garrett dalam satu forum antarabangsa yang diadakan di Bangkok, Thailand hari ini.

Garrett dipetik berkata, anugerah itu berikan atas pencapaian menakjubkan Zeti terutamanya dalam mengendalikan ekonomi Malaysia dalam beberapa krisis kewangan sebelum ini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori