Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

12 Penguat Kuasa Agensi...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 penguat kuasa daripada...

Polis Thailand Tembak Mati...

PATTANI - Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki dalam satu insiden berbalas...

Palanivel, 4 Yang Lain...

KUALA LUMPUR - Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan empat yang lain...

2 Lagi Mayat Bot...

MERSING - Dua lagi mayat ditemukan hari ini, menjadikan 12 orang angka korban...

PM Sertai Majlis Bacaan Yasin Sempena Maal Hijrah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam Selasa bersama ribuan orang hadir di Masjid Negara untuk menyertai majlis bacaan Yasin sempena Maal Hijrah 1437H/2015M.

Najib yang berbaju Melayu berwarna kelabu dan sampin berwarna ungu tiba pada jam 7 malam dengan diiringi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun, disusuli dengan doa awal tahun sebelum diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah.

Ia kemudian diteruskan dengan bacaan Yasin, tahlil, doa selamat serta solat Isyak yang diketuai Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.


Terdahulu diadakan Forum Khas Maal Hijrah yang bertajuk ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’, yang turut disiarkan secara langsung melalui TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada Rabu bermula di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur iaitu Dataran Merdeka, Padang Merbok, Muzium Negara, Masjid Jamek dan Muzium Kesenian Islam Malaysia sebelum bertumpul di Masjid Negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori