Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Caprice Tampil Lagi, Mia...

PENYANYI rapper, Caprice kini lebih dikenali di laman Isntagram miliknya kerana dia sering...

Cubaan Seludup Dadah Dalam...

SEPANG - Cubaan seorang lelaki warganegara India menyeludup 5.9 kilogram dadah bernilai RM260,000...

Dadah Bernilai RM300,000 Dirampas...

GEORGE TOWN - Sejumlah dadah jenis heroin bernilai RM300,000 dan pelbagai peralatan memproses...

Pegang Teguh Slogan Hari...

ALOR GAJAH - Rakyat perlu berpegang teguh pada slogan sambutan Hari Kebangsaan ke-58...

PM Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga S R Nathan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Presiden Singapura S R Nathan, yang meninggal dunia malam tadi.

“Takziah kepada keluarga bekas Presiden Singapura S R Nathan dan rakyat Singapura,” katanya dalam akaun Twitternya hari ini.

Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 9.48 malam tadi, menurut Pejabat Perdana Menteri Singapura.

Pada 31 Julai, pejabat perdana menteri Singapura mengumumkan Nathan mengalami angin ahmar dan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi hospital itu.


Nathan, yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada 1988, merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat di Singapura dan menyandang jawatan itu selama dua penggal dari 1999 hingga 2011.

Beliau secara rasmi berundur sebagai Presiden keenam pada 31 Ogos, 2011 dan diganti oleh Presiden sekarang Tony Tan Keng Yam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori