Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Ditemui Selepas Bapa...

KUALA LUMPUR - Sejurus selepas laungan azan dan bacaan Yasin seorang bapa di...

Bung Minta Astro Ditutup,...

Ini bukannya isu baharu kerana ia sering dilaporkan media sejak dahulu. Ramai pengguna mempertikaikan perkhidmatan disajikan stesen...

ADUN DAP Tidak Puas...

GEORGE TOWN - Wakil rakyat DAP melahirkan rasa tidak puas hati pada persidangan...

“Melayu Mudah Lupa, Tun...

SELURUH warga UMNO diingatkan agar tidak ikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir yang...

PM Najib Lawat Projek MRT Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat projek MRT Lembah Klang (KVMRT) bermula di Stesen Semantan hingga ke Stesen Phileo Damansara di sini.

Lawatan mengejut itu merupakan lawatan kerja kelima perdana menteri ke projek KVMRT dan hari ini kali pertama beliau menaiki tren MRT, yang jelas menunjukkan komitmen dan perhatian beliau secara konsisten bagi memastikan projek itu siap pada masa dan kos yang ditetapkan.

Perdana menteri yang tiba pukul 5 petang di Stesen Semantan, disambut Pengerusi Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Pengarah Projek Laluan SBK, Marcus Karakashian.

Beliau kemudian menaiki tren MRT yang akan beroperasi bagi laluan pertama iaitu MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dari Stesen Semantan ke Stesen Pusat Bandar Damansara sebelum ke Stesen Phileo Damansara.

PM Najib Lawat Projek MRT Lembah Klang

PM Najib Lawat Projek MRT Lembah Klang

PM Najib Lawat Projek MRT Lembah Klang


Najib kemudian meninjau sekitar Stesen Phileo Damansara termasuk melawat jejantas pejalan kaki yang menyeberangi Lebuhraya SPRINT menghubungkan pusat komersial Phileo Damansara.

Perdana menteri seterusnya menaiki tren kembali ke Stesen Semantan untuk mengakhiri lawatannya meninjau projek itu.

Menurut kenyataan MRT Corp, kemajuan bagi projek laluan SBK pada masa ini adalah 89 peratus.

Fasa pertama laluan SBK dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Semantan akan mula beroperasi Disember ini manakala baki laluan dari Stesen Semantan ke Stesen Kajang akan mula beroperasi pada Julai 2017.

Projek sepanjang 51 kilometer melibatkan 31 stesen itu menelan kos RM23 bilion. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori