PM Kanada Kecam Sembur Lada Hitam Kepada Pelarian Syria

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau mengutuk serangan yang dilakukan penduduknya terhadap sekumpulan pelarian Syria, baru-baru ini.

Pelarian Syria yang baharu tiba di negara tersebut disembur lada hitam sebagai satu cara protes terhadap mereka.

kanada1

“Ia tidak menggambarkan siapa kami sebenarnya dan tidak mencerminkan sikap rakyat Kanada yang menyambut mereka dengan mesra.

“Saya kutuk serangan terhadap pelarian Syria di Vancouver,” kata beliau memetik kenyataan di laman Twitternya.

30 orang dilaporkan terjejas dengan semburan lada hitam itu termasuk kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC