Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Cucu Rindu Najib, Tunggu...

PETALING JAYA – “Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali”.Ikuti Mynewshub: TelegramItu luahan...

2 Mayat Bayi Dalam...

SHAH ALAM - Polis menyatakan terdapat dua mayat bayi di dalam plastik berwarna...

Siti Nurhaliza, Fynn Jamal...

PENYANYI hebat negara, Datuk Siti Nurhaliza memenangi Artis Terbaik Wanita di Anugerah Planet...

Salah Diserang Di Liberia,...

MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir...

PM Jepun Bubar Parlimen, Buat Pilihan Raya Mengejut

Tanpa apa-apa khabar, Shinzo Abe mengumumkan pembubaran Dewan Rendah Parlimen Jepun hari ini, sekaligus mengadakan pilihan raya umum mengejut pada bulan depan.

Menurut akhbar Berita Harian, tindakan tersebut diputuskan agar beliau mendapat mandat baru terhadap kerjayanya yang dihimpit dengan beberapa isu sebelum ini.

Walaupun parti pemerintah, Parti Liberal Demokratik (LDP) dijangka kehilangan beberapa kerusi, namun ramai menjangkakan ia akan terus mengemudi kerajaan Jepun melalui 480 kerusi yang dipertandingkan.

Pilihan raya dijangka diadakan pada 14 Disember depan selepas Abe menangguhkan kenaikan cukai jualan yang telah dirancang disebabkan oleh kedudukan ekonomi Jepun semakin merosot.

Menurut pakar, pilihan raya tersebut merupakan strategi Abe untuk mendapatkan mandat rakyat terhadap dasar pemulihan ekonomi yang dirancangnya, dikenali sebagai Abenomics, selain penangguhan perlaksanaan cukai dari 8 peratus ke 10 peratus.


Ujarnya selepas pengumuman pembubaran, “Perjuangan sudah bermula. Kita akan berjuang habis-habisan agar kita dapat kembali untuk memikul tanggungjawab bagi menjadikan Jepun sebuah negara yang menyinar di pentas dunia.”

Walau bagaimanapun, sesetengah pihak tetap bingung dengan tindakan Abe yang baru sahaja menduduki kerusi perdana menteri selama dua tahun untuk penggal ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori