Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UiTM Kelantan Diberi Kuasa...

MACHANG - Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan bakal diberi kuasa autonomi tahun...

Universiti Larang Guna Peranti...

Peranti pintar dan penuntut kolej kini ibarat isi dengan kuku, boleh dikatakan sekurang-kurangnya telefon...

Sah Kamal Adli Digugurkan,...

TEKA-TEKI tentang khabar angin penguguran pelakon Kamal Adli dalam membintangi filem Abang Long...

Bukan Nak Menunjuk, Brian...

BULAN Ramadan bukan sahaja dinantikan oleh umat Islam, tetapi oleh pengacara dan chef...

PM Hadiri Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia

SYDNEY – Pemimpin negara anggota ASEAN dan Australia dijangka membentangkan dua dokumen penting berhubung kerjasama antara ASEAN dan Australia semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 yang diadakan di sini esok dan Ahad.

Dokumen tersebut adalah Deklarasi Sydney dan Memorandum Persefahaman antara ASEAN dan Australia dalam Kerjasama Memerangi Keganasan Antarabangsa.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Jumaat berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Sydney untuk menghadiri sidang kemuncak itu, yang julung kali dihoskan oleh Australia.

Menurut kenyataan itu, perdana menteri akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri.

“Sidang Kemuncak Khas ini dianjurkan untuk membincangkan hala tuju dan kerjasama antara ASEAN dan Australia. Selain itu, ia juga diadakan bagi memperingati hubungan ASEAN-Australia dalam hubungan kerjasama strategik,” katanya.

Menurut kementerian itu, selain menghadiri sidang kemuncak khas tersebut, Najib juga dijangka mengambil peluang mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan-rakan ASEAN dan Australia bagi membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.


Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia terdiri daripada tiga sesi iaitu Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-Australia, Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-Australia dan Persidangan Memerangi Keganasan ASEAN-Australia. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori