Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Juruterbang TUDM Wanita Cekap...

LABUAN - Ruang udara yang terbentang luas tidak sedikit pun menggentarkan juruterbang wanita...

Netizen Pandang Serong Ulasan...

SEBILANGAN netizen memandang serong kenyataan agama yang dimuat naik Mufti Perlis, Prof. Madya...

Isu Tan Cheng Hoe...

ALOR SETAR - Ganjaran menanti skuad Kedah andai berjaya membawa pulang Piala FA...

Kes Pecah Rumah Mewah:...

KUALA LUMPUR - Empat lelaki warga Amerika Latin yang dipercayai terlibat dalam 10...

PM Britain ‘Tiru’ Malaysia Lancar Skim Rumah Pertamaku

Inisiatif Rumah Pertama yang dilancarkan kerajaan Britain bakal memberi faedah kepada 100,000 rakyat United Kingdom berumur 40 tahun ke bawah membeli kediaman pada harga rendah. – Gambar hiasan

LONDON – Mungkin rakyat Malaysia wajar bersyukur apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dengan melancarkan Skim Rumah Pertamaku baru-baru ini bagi menangani isu harga rumah mahal dan ramai terpaksa menyewa sehingga mati.

Kali ini skim tunggal seumpamanya di dunia itu turut menjadi contoh apabila Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam mengumumkan kerajaan United Kingdom akan melancarkan skim pembeli rumah kali pertama dengan diskaun 20 peratus.

Inisiatif terbaharu itu buat julung kali akan melibatkan 100,000 pembeli kediaman kali pertama berusia kurang 40 tahun yang tiada langsung rumah sendiri dan mesti berdaftar menerusi program khas Starter Home Initiative bermula Januari tahun depan.

Uniknya, Cameron yang pernah melawat Malaysia dan bertemu Najib beberapa tahun lalu, dijadualkan melancarkan skim istimewa itu enam bulan lebih awal daripada jadual dan melibatkan 30 pemaju hartanah projek kediaman mampu milik di seluruh Britain.

David Cameron

Melalui inisiatif tersebut, kerajaan turut akan memberi pengecualian pelbagai cukai pembangunan hartanah berjumlah £15,000 (RM81,932) sekali gus menjadikan rumah kos rendah terbabit dapat dijual pada kadar lebih murah daripada nilai harga pasaran.


“Saya hanya mahu bantu orang muda yang terpaksa bekerja keras bina masa depan dengan jaminan memiliki kediaman sendiri bersama keluarga, justeru ini adalah pelan ekonomi jangka panjang melahirkan wajah Britain yang lebih baik,” kata Cameron.

Pengerusi eksekutif Persekutuan Pemaju Kediaman Britain, Stewart Baseley, memberi jaminan pihaknya akan membentuk panel khas memastikan rumah yang dijual melalui inisiatif itu masih berkualiti baik walaupun kos pembinaan murah. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori