Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ditikam 17 Kali, Sempat...

SEORANG peniaga berusia 54 tahun ditemui mati di rumahnya di Villasis, Pangasinan, Filipina...

‘DAP Dicabar Pecat Tony...

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dicabar mengambil tindakan tegas dengan...

Najib Terima Rawatan Sama...

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menerima rawatan...

Pemindahan SJKT Ladang Ke...

SEPANG - Pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari kawasan ladang ke bandar...

PLUS Tingkat Keselamatan Lebuhraya Utara-Selatan

IPOH – Plus Expressways Sdn Bhd (Plus) akan melaksanakan enam inisiatif bagi meningkatkan aspek keselamatan di Lebuhraya Utara Selatan, hasil perbincangan kerajaan negeri dengan syarikat berkenaan pada 12 Nov lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata Plus akan melaksanakan penambahbaikan di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan.

Selain itu, katanya, Lebuhraya Utara Selatan di kedua-dua arah bermula dari persimpangan bertingkat Tanjung Malim sehingga persimpangan bertingkat Slim River akan dinaik taraf daripada dua lorong kepada tiga lorong sehala.

Syarikat itu juga akan menyiapkan pembinaan lorong ketiga di laluan menghala ke utara antara persimpangan bertingkat Slim River di laluan 371.8km sehingga 367.24km sepanjang 4.6km, katanya menjawab soalan Datuk Mohamad Mohd Yusoff (BN-Selama) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata papan tanda amaran dan peralatan bantuan penglihatan akan turut dipasang di kawasan yang kerap serta berisiko berlaku kemalangan jalan raya, misalnya selepas kawasan terowong menora Kuala Kangsar.


Zainol Fadzi berkata Plus juga akan membina hentian kecemasan di lokasi strategik bertujuan menempatkan kenderaan berat yang mengalami kerosakan berikutan kelebaran jalan yang terhad.

“Sistem pengawasan trafik juga akan dinaik taraf dengan memasang CCTV (kamera litar tertutup) di lokasi tertentu dan papan tanda elektronik untuk menyalurkan maklumat kepada pengguna,” katanya.

Selain itu, beliau berkata perbincangan itu juga membabitkan pemasangan 500 lampu jalan di sepanjang lebuh raya, termasuk di laluan yang kerap berlaku kemalangan, khususnya selepas terowong Menora. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLUS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori