Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Raja Ilya Terima Pentauliahan...

PELAKON terkenal Raja Ilya telah dianugerahkan pentauliahan Kapten Bersekutu dari Angkatan Pertahanan Awam...

Saya Sendiri Boleh Letak...

LOUIS van Gaal mendedahkan dia sendiri boleh membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai...

Islam Larang Kerjasama Yang...

TRANG (Thailand) - Islam melarang sebarang kerjasama yang membawa kepada keburukan, sebaliknya menyeru...

Bapa Mangsa Insiden Letupan...

KUCHING - Bapa kepada mendiang Tchee Kiam Jong, iaitu Tchee Foh Hin amat...

PLUS Tawar Rebat Tol Sehingga 50 Peratus Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus kepada pengguna lebuh raya itu yang membayar secara elektronik pada hari tertentu bermula 13 Julai ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada hari-hari bukan puncak iaitu pada 13, 14, 15, 21, 22 dan 23 Julai.

“Ia boleh dinikmati oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari-hari tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata rebat tol sebanyak 50 peratus itu akan diberikan pada hari 13 dan 23 Julai sahaja, manakala pada 14 dan 22 Julai, orang ramai akan menerima rebat tol sebanyak 40 peratus.

Sementara itu, rebat tol 30 peratus pula akan diberikan kepada orang ramai pada 15 dan 21 Julai.


“Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pulang ke kampung sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali ke bandar selepas berhari raya,” katanya.

Tambah beliau, PLUS juga akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa pada musim perayaan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=LNYJB76LTXY

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLUS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori