Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dayangku Intan Wanita Hebat...

KUALA LUMPUR - "DIA adalah wanita yang hebat dan mengagumkan semua orang, termasuklah...

Elvina Bengang Kena Fitnah...

SUDAH menjadi kebiasaan di Malaysia apabila tamat sahaja penggambaran sesebuah drama, pasti kita...

Lelaki Myanmar Ditahan, 3...

SHAH ALAM - Polis berjaya menemui semula tiga kenderaan bernilai kira-kira RM70,000 yang...

Saarani Dapat Sokongan Sebulat...

IPOH - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bersetuju sebulat suara menyokong...

PLKN 2.0 Bawa Perubahan Positif Kepada Pelatih

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) membawa perubahan yang lebih baik kepada pelatihnya sejak transformasi dilaksanakan dua tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata selepas proses transfomasi itu juga imej program tersebut semakin baik dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak menerima rungutan dan kritikan seperti sebelum ini.

“Sesungguhnya mereka (pelatih PLKN) yang telah tamat latihan, mempunyai disiplin yang hebat, perwatakan menarik dan berkeyakinan tinggi.

“Mereka ini juga dididik bersifat positif dan menjadi pilihan untuk diterima masuk bagi menyambung pengajian di mana-mana institusi kemahiran di dalam negara,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata JLKN dalam usaha menjejaki semula lebih 800,000 bekas pelatih PLKN.


Setakat ini kira-kira 90,000 berjaya dikesan menerusi pelbagai kaedah termasuk permainan dalam talian Camp Warriors, katanya. – BERNAMA

Kategori