PKR Gesa Polis Halang Perhimpunan Pro-Kerajaan

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah Perhimpunan Rakyat Bersatu secara besar-besaran oleh pihak pro-kerajaan pada 16 September ini.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, perhimpunan jalanan seperti itu menyusahkan orang ramai dan merupakan satu provokasi perkauman.

“Pihak polis mesti segera bertindak untuk memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung. Perlu diingati dalam Islam, kesaksamaan kaum adalah penting,” katanya dalam satu kenyataan media ahri ini.

Nurul Izzah turut mendakwa, pihak polis jangan bimbang untuk menyekat perhimpunan itu kerana mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia bagi melindungi masyarakat.

“Perhimpunan jalanan ini akan membawa kejatuhan masyarakat negara ini. Kita perlu menolaknya,” katanya.

Perhimpunan Rakyat Bersatu yang bakal disertai oleh rakyat pro-kerajaan bagi menunjukkan sokongan ke atas pentadbiran kerajaan sedia.

Baru-baru ini DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru bersama-sama penyokong mereka mengadakan perhimpunan haram Bersih 4.0 bagi mendesak kerajaan Malaysia diserahkan kepada pembangkang.

Perhimpunan yang turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay itu bagaimanapun gagal meraih sokongan ramai rakyat Malaysia.

Perhimpunan itu turut didominasi oleh kaum Cina berbeza berbanding beberapa perhimpunan Bersih yang dianjurkan sebelum ini.

Peserta perhimpunan itu turut bertindak biadap dengan memijak-mijak gambar Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama (Islam) Sedunia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu upacara semasa perhimpunan haram itu berlangsung. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply