Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bank Islam Agih RM1j...

KUALA TERENGGANU - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengagihkan RM1 juta daripada zakat...

Teguran Ketua Audit Negara...

SHAH ALAM - Beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara berhubung aktiviti kawal...

Sindiket Pelacuran WeChat Digempur,...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen menahan 45 wanita warga asing yang terbabit dalam kegiatan...

Cuaca Panas, Jemaah Dinasihat...

MADINAH - Jemaah haji dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar seperti membeli-belah dan ziarah...

PKNS Akan Agih RM1.8 Juta Wang Zakat

KAJANG – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengagihkan sejumlah RM1.8 juta wang zakat sepanjang tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Noraida Mohd Yusof.

Beliau berkata wang zakat berkenaan akan disalurkan kepada pelbagai penerima yang layak dan tergolong dalam asnaf zakat termasuk mualaf dan pesakit Islam yang kronik dan kurang berkemampuan.

Ketika menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Hospital Kajang di sini hari ini yang merupakan sebahagian daripada peruntukan RM1.8 juta itu, Noraida berkata bantuan itu diharapkan dapat meringankan beban mereka yang tidak mampu menanggung bil perubatan atau alat sokongan perubatan.

“PKNS yakin Jabatan Sosial Perubatan Hospital Kajang mampu membantu PKNS menyalurkan sumbangan wang zakat bagi kategori asnaf ‘gharimin’ yang mana antara individu yang boleh memohon sumbangan ini adalah pesakit kronik yang berhutang atau kekurangan sumber pembiayaan,” katanya.

Beliau berkata syarat utama penerima bantuan wang zakat berkenaan adalah seorang Muslim.


Noraida berkata bantuan TKPM telah dilaksanakan sejak 2014 iaitu kepada TKPM Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang diikuti TKPM Hospital Selayang pada 2015 dan TKPM Hospital Ampang pada 2016.

“Sumbangan kepada TKPM Sungai Buloh akan menyusul dalam masa terdekat. PKNS konsisten dalam menyalurkan bantuan kepada hospital-hospital di sekitar negeri Selangor,” katanya.

Selain menyampaikan sumbangan wang zakat, rombongan PKNS yang disertai pemain PKNS FC termasuk Safee Sali turut melawat wad kanak-kanak Hospital Kajang bagi menceriakan dan memberi sokongan moral kepada para pesakit. – BERNAMA

Kategori