Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Tangguh Papar Senarai...

SENARAI perisytiharan harta anggota kabinet dan anggota Parlimen yang sepatutnya dipaparkan di portal...

Skuad Taktikal Khas 3...

KUALA LUMPUR - Sebuah pasukan khas membanteras kegiatan judi, maksiat dan kongsi gelap...

Tauke Akui Tertekan Dengan...

KEMUNCULAN pelawak baharu dalam industri seni komedi di negara ini jelas memberikan 'tekanan' kepada pelawak,...

Harakahdaily Belasah Agenda Jahat...

SIAPA yang tidak tahu Malaysiakini adalah salah satu portal pembangkang yang paling hebat dalam memutar-belit...

Pintu Masih Terbuka Untuk Komalam – Karim

KUALA LUMPUR – Pelari pecut S. Komalam Shally yang digugurkan daripada skuad SEA Games masih berpeluang mewakili negara dalam pertandingan akan datang, kata Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim.

Beliau berkata atlet berusia 29 tahun itu boleh meneruskan latihan untuk Sukan Asia Jakarta tahun depan dan Sukan SEA Manila 2019 dan sekiranya atlet itu memenuhi tahap kelayakan, beliau boleh disenaraikan semula ke dalam skuad.

“Saya telah bercakap dengan Komalam dan pihak kami tiada masalah dengannya, beliau masih boleh meneruskan latihan untuk Sukan SEA atau Sukan Asia akan datang. Asalkan beliau layak dan memenuhi standard ditetapkan dan mematuhi SOP (prosedur operasi standard), semuanya ok,” katanya kepada Bernama.

Komalam yang pada awalnya disenaraikan untuk 200m wanita dan 4x100m lari berganti-ganti digugurkan daripada skuad beberapa minggu sebelum temasya itu berikutan masalah disiplin yang tidak diketahui.

Keputusan itu menyaksikan kuartet wanita dibarisi Fathin Faqihah Mohd Yusof, Siti Fatima Mohamad, Azreen Nabila Alias dan Zaidatul Husniah Zulkifli gagal mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi pada Sukan SEA Singapura 2015, selepas menduduki tangga tercorot antara lima pasukan yang bertanding, dengan catatan masa 45.39s.


Sementara itu, Komalam yang terlepas peluang untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri, tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai satu rintangan, sebaliknya mahu terus fokus pada kejohanan akan datang.

“Mungkin saya tidak bertuah untuk bertanding di sini, tetapi saya tidak mahu berputus asa oleh keadaan itu, tetapi ada rasa terkilan pada rakan sepasukan saya. Saya akan berlatih dengan gigih untuk melayakkan diri ke Sukan Asia pada Ogos tahun depan,” katanya. – BERNAMA

Kategori