Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Projek Ekonomi di Kampung...

BERA - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia bekerjasama dengan agensi kerajaan...

Miss Filipina Dakwa 2...

MANILA - Ratu cantik Filipina, Ruffa Gutierrez mendakwa dua anak perempuannya diganggu oleh...

Korban Gempa Lombok Meningkat...

JAKARTA - Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di pulau Lombok, Indonesia meningkat...

27 Maut, Bom Diletup...

KANO, Nigeria - Dua letupan bom menggegar stesen bas di utara Nigeria menyebabkan...

Pinjam RM30,000 Tak Dapat, Rugi Pula Lebih RM21,000

KUANTAN – Hasrat asal hanya untuk meminjam RM30,000 namun akibat mempercayai syarikat pinjaman wang yang tidak wujud menyebabkan seorang peniaga kerugian lebih RM21,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 50 tahun diperdayakan dua suspek termasuk seorang wanita selepas melihat iklan pinjaman wang yang ditawarkan di laman sosial Facebook pada 17 April lepas.

“Setelah berbincang dengan suspek wanita, mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM30,000 dengan kadar faedah 5.2 peratus setahun dan bayaran balik sebanyak RM630 sebulan selama lima tahun.

“Selang tiga hari kemudian (20 April) mangsa diminta untuk mengemukakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, sijil pendaftaran perniagaan dan bil air serta elektrik. Dia kemudiannya dihubungi suspek lelaki yang mendakwa dirinya sebagai orang yang menguruskan pinjaman,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah suspek lelaki itu memaklumkan mangsa bahawa beliau perlu membuat beberapa bayaran kononnya sebagai bayaran surat perjanjian, deposit tiga bulan pinjaman, yuran dan bayaran keselamatan akaun yang kesemuanya berjumlah RM21,795.

Katanya, mangsa menjelaskan bayaran itu sebanyak 10 kali menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) CIMB di Pekan dan juga menerusi transaksi perbankan Internet.


“Selepas membuat semua bayaran itu, mangsa cuba menghubungi suspek lelaki beberapa kali namun gagal menyebabkan dia berasa ditipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam,” katanya.

Mohd Wazir berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori