Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penjagaan Kebersihan Alam Sekitar...

SEREMBAN - Tugas menjaga kebersihan alam sekitar bukan tanggungjawab mutlak syarikat konsesi semata-mata,...

PKR Nafi Setuju Azmin...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar...

Nahas 10 Maut: Pemandu...

SUBANG JAYA - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 10 mangsa...

Potongan Cukai Khas Kurang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju potongan cukai khas bagi pengurangan sewa premis perusahaan...

Pindaan Akta Kanak-Kanak 2011 Dijangka Dibentang Oktober Ini

PUTRAJAYA – Pindaan Akta Kanak-Kanak 2011, bakal melibatkan lebih 70 peratus pindaan termasuk hukuman lebih berat serta cara menangani isu jenayah terhadap kanak-kanak, dijangka dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata Jabatan Peguam Negara sedang meneliti cadangan pindaan akta itu.

Beliau berkata setelah beberapa sesi dialog dan perbincangan mendapati orang ramai mahu pindaan akta itu disegerakan.

“Kita juga mahu memastikan akta ini lebih inklusif,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Rohani berkata pindaan akta itu perlu bagi mengikut peredaran masa kerana banyak perkara baharu telah berlaku dan antaranya pengabaian, penganiayaan dan perlindungan secara dalam talian yang perlu dimasukkan.


Beliau berkata taklimat kepada anggota Parlimen akan dibuat sebelum pembentangan pindaan itu dilakukan.

“Supaya ketika membahas, mereka tahu tentang akta itu. Ia (pindaan) perlu dipersetujui sebulat suara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori