Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tudung Merdeka Trend Raikan...

SHAH ALAM - Trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan...

Muhammad Rizalman Dibebas Dengan...

WELLINGTON, New Zealand - Bekas atase tentera Malaysia di Wellington, Muhammad Rizalman Ismail...

Jamal Md Yunos &...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) Datuk Seri Jamal...

Naib Presiden Eksekutif Maybank...

SINGAPURA - Ketika DAP di Malaysia giat cari anak Melayu untuk dijadikan calon...

Pihak Berkuasa Rampas 336 Batang Balak Di Kanowit

KUCHING – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas 336 batang kayu balak, sebuah lori dan sebuah jengkaut dengan nilai keseluruhan RM597,500 dalam satu operasi di kawasan pembalakan Ulu Tuah, Jalan Nibong Tada-Kanowit pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Lima ACP Salehuddin Mat Zaman berkata rampasan dibuat kerana kem pembalakan itu beroperasi secara haram selepas lesennya tamat tempoh.

Katanya rampasan dilakukan dalam operasi bersepadu Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara PPM Wilayah Lima bersama Jabatan Hutan Sibu dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

“Kira-kira 11.45 pagi semalam, semasa menjalankan operasi operasi bersepadu tersebut pasukan operasi telah menemui 336 batang kayu balak pelbagai saiz dan jenis serta sebuah lori balak dan sebuah jentera berat.

“Pemeriksaan lanjut oleh SFC mendapati kem tersebut telah tamat tempoh lesen dan beroperasi secara haram. Berikutan itu semua kayu balak dirampas kerana disyaki ditebang secara haram,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Salehuddin berkata satu laporan polis dibuat dan kes diserah kepada Jabatan Hutan Sibu untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

Beliau berkata kerjasama NBOS akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan pembalakan haram. – BERNAMA

Kategori