Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Lagi Jemaah Malaysia...

PETALING JAYA - Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang...

Mengejutkan! Murid Darjah Lima...

SEORANG murid berusia 11 tahun mengejutkan orang ramai apabila dilaporkan bersalin di sebuah klinik...

Penghadang Lut Sinar Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Dalam usaha mewujudkan jarak pemisah dan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, penghadang lut...

‘Tok Gajah’ Sedia Beri...

SKUAD 'Tok Gajah' kini lengkap sepenuhnya untuk mencabar pasukan-pasukan lain pada saingan Liga...

PGA Bakal Dinaik Taraf Sebagai Jabatan – Zahid

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan bercadang menaik taraf Pasukan Gerakan Am (PGA) kepada sebuah jabatan bagi meningkatkan kecemerlangan pasukan itu dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, langkah itu dilihat akan memperluas aspek penjawatan pasukan itu.

“Insya-Allah satu hari nanti PGA akan menjadi sebuah jabatan dengan seorang ketua pengarah dilantik dan lebih banyak anggota dinaikkan pangkat,” katanya pada majlis ramah mesra bersama anggota PGA di Batu Kawa, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.

Kini terdapat 10 jabatan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak bagi anak-anak warga polis dan menurutnya kini MRSM Kulim yang dibina pada 1992 khusus untuk anak-anak polis.

Beliau berkata ia merupakan antara usaha kerajaan menjaga kebajikan warga pasukan keselamatan negara melalui bidang pendidikan.


“Saya berharap MRSM ini akan memberi harapan kepada pegawai dan anggota polis di seluruh negara. Ini merupakan langkah yang diambil untuk menjaga kebajikan anak-anak polis,” katanya, sambil menambah tender pembinaan MRSM di tapak seluas 20 hektar itu akan dikeluarkan pada Jun.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri menegaskan dalam perjuangan memartabatkan PDRM, beliau tidak pernah meminggirkan mana-mana jabatan atau unit dalam pasukan itu.

Ahmad Zahid seterusnya berkata kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

“Walaupun ada kekangan kewangan, KDN dan PDRM akan berusaha meningkatkan semua kemudahan berkenaan,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan masing-masing RM100,000 untuk menaik taraf surau dan gereja di PGA Batu Kawa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori