Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

UMNO Sabah Amat Kukuh...

TAWAU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji UMNO Sabah...

Warga New Zealand Dijumpai...

LABUAN - Seorang lelaki warga New Zealand dijumpai mati dengan kesan kecederaan di...

Mufti Perlis Perjelas Isu...

SUSULAN tragedi menyayat hati yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada awal...

Tiada Varian Mu Dikesan...

KUALA LUMPUR - Tiada varian Mu Covid-19 dikesan daripada sampel-sampel yang diambil di...

Petrol Untuk Motosikal Secara Percuma Diteruskan

LABUAN – Pemuda UMNO Labuan menunaikan janji mereka untuk meneruskan program isi petrol percuma bagi motosikal 150cc sekali sebulan.

Naib Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan yang juga Ketua Pemuda UMNO Labuan berkata langkah meneruskan program itu setiap bulan bertujuan mengurangkan beban kewangan rakyat khususnya belia berikutan kelembapan ekonomi di pulau bebas cukai ini.

“Kami meneruskan program ini selepas mengambil kira golongan belia yang telah kehilangan pekerjaan dalam syarikat minyak dan gas, ini merupakan sebahagian daripada inisiatif sayap Pemuda,” katanya kepada Bernama hari ini.

Lebih 800 penunggang motosikal mengisi petrol percuma di stesen Petronas Saguking malam tadi dalam program yang diadakan lebih sejam dan disaksikan anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Sementara itu, Naib Ketua UMNO Labuan Datuk Khalid Ghani memuji inisiatif yang dilakukan Pemuda UMNO Labuan itu dan menyifatkan ia satu platform yang bagus untuk para belia menjalinkan hubungan baik dengan pemimpin tempatan dan membina semula keyakinan rakyat terhadap UMNO.


Program yang diperkenalkan pada 2016 itu telah diluaskan ke seluruh cawangan UMNO di Wilayah Persekutuan sejak April tahun lepas. – BERNAMA

Kategori