Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Komplot Jatuhkan Najib, 3...

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis...

VIDEO: Mengejutkan.. Gelandangan Lebih...

Di zaman ini, memang agak susah gamaknya nak jumpa orang yang pemurah dan...

Harga RON97 Turun 5...

PUTRAJAYA- Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter daripada RM4.80 kepada...

Kejayaan MAS Memerlukan Pengorbanan...

KUALA LUMPUR - Setelah kerajaan dan rakyat mengizinkan 'pengorbanan' berbilion ringgit untuk memulihkan...

Petisyen Hukum Ramos Cecah 279,000 Tandatangan

KIEV – Nampak gayanya, drama perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2017/2018 membabitkan Real Madrid menentang Liverpool di Stadium Olimpiyskiy, Kiev masih belum berakhir.

Dua kesilapan penjaga gol Liverpool, Loris Karius, dua gol menakjubkan daripada Gareth Bale, dan kecederaan Mohamad Salah telah membantu Real Madrid menjuarai kejohanan tersebut buat tiga tahun berturut-turut.

Selepas insiden kecederaan bahu yang dialami ayam tambatan Liverpool, Mohamad Salah yang dikatakan berpunca daripada pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos menjadi perbualan hangat hingga mencetuskan sebuah petisyen dalam talian menerusi Change.org.

Petisyen itu diwujudkan bagi mengumpul sokongan untuk menghukum Ramos yang dikatakan sengaja mencederakan Salah.

Petisyen tersebut diasaskan oleh seorang individu, Mohamed Salah Abdel-Hakeem dan setakat ini, tandatangan terkumpul telah mencecah 279,000 tandatangan sejak dimulakan semalam.

Melalui petisyen tersebut, beliau berkata Ramos telah memberi satu contoh yang tidak baik kepada generasi muda yang terlibat dengan sukan bola sepak.

“UEFA dan FIFA perlu menyiasat tindakan Ramos atau pemain yang melakukan perkara sama, anda boleh gunakan rakaman video perlawanan supaya perlawanan bola sepak akan kekal bersih,” kata beliau dalam satu kenyataan.


Sergio Ramos terkenal dengan permainan yang kasar dan untuk rekod, beliau merupakan pemain paling banyak diarahkan keluar padang dalam saingan La Liga iaitu 19 kali serta 24 kad merah secara keseluruhan sepanjang bersama Los Blancos.

Semasa Salah melangkah keluar padang, Sergio Ramos kelihatan tersenyum dan tertawa bersama pembantu pengadil perlawanan itu di Kiev.

Walaubagaimanapun, menerusi akaun Twitter, Ramos telah mengucapkan kepada Salah agar cepat sembuh dan beranggapan kejadian seperti itu adalah biasa dalam sukan bola sepak. – Astro Awani

Kategori