Petani Perlu Guna Teknologi, Sertai Rantaian Makanan Dunia – PM

SERDANG – Datuk Seri Najib Razak menyarankan petani di negara ini menggunakan teknologi dan inovasi serta menyertai sebahagian rantaian bekalan makanan global bagi menepis persepsi bahawa pertanian adalah bidang yang kotor dan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri berkata, golongan terbabit harus berani mencuba teknologi baharu pertanian supaya dapat meningkatkan hasil, sekali gus memastikan bekalan makanan mencukupi dan menjamin kualiti produk yang dipasarkan.

“Orang asyik memandang pertanian adalah satu bidang yang kotor dan berpendapatan rendah. Ini bukan persepsi tapi ini realiti…realitinya kalau kita tidak menggunakan teknologi dan kalau kita tak jadi sebahagian daripada rantaian bekalan makanan.

“Tapi kalau kita berjaya menggunakan teknologi moden dan jadi sebahagian daripada rantaian bekalan makanan global maka bidang pertanian sangat besar potensinya,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agrikultur (MAHA 2014) di MAEPS di sini, sebentar tadi. – BH Online

Leave a Reply