Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembinaan Pan Borneo Buka...

KUCHING - Golongan siswazah di Sarawak perlu merebut peluang pekerjaan dan keusahawan yang...

Penyanyi Papa J Meninggal...

BEKAS anggota kumpulan duo Asiarasa, Jamal Manap atau lebih dikenali sebagai Papa J...

PM Luangkan Masa Lawat...

BERITA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarah Mursyidul Am PAS, Datuk...

Lapor SPRM Dapat Ganjaran...

TAWAU - Penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Petani MADA Sambut Baik Peruntukan Tambahan RM25j

ALOR SETAR – Petani-petani di bawah kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik peruntukan tambahan berjumlah RM25 juta yang diluluskan kerajaan pusat bagi Skim Subsidi Benih Padi Sah.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA, Musa Kamis berkata peruntukan itu dapat mengurangkan kerisauan dan kegusaran para petani mengenai kekurangan benih padi sah bersubsidi.

“Sebelum ini petani bimbang dengan khabar angin yang mengatakan petani yang mengusahakan tanaman padi perlu membeli benih padi sendiri, yang pasti harganya lebih tinggi.

“Kini, mereka boleh menarik nafas lega selepas diberi peruntukan tambahan tersebut dan ini menunjukkan bahawa kerajaan pusat sentiasa mengambil berat dan prihatin dengan keperluan petani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Isnin lalu, Pengerusi MADA Datuk Othman Aziz memaklumkan rungutan petani mengenai kekurangan benih padi sah bersubsidi bakal berakhir apabila kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengembalikan semula kuota pengagihan benih padi itu kepada 80,000 tan.


Peruntukan itu sekali gus membolehkan petani mendapat bekalan benih padi mengikut harga asal bagi setiap satu beg benih padi seberat 20 kilogram iaitu RM32 berbanding RM48 yang dibeli sebelum ini. – BERNAMA

Kategori