Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Zuraidah Nafi Kongres Tidak...

SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kehadiran perwakilannya pada persidangan...

Mahkamah Ketepi Pengundi Semak...

PUTRAJAYA – Tujuh penggundi tidak dapat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan...

Wujud Balai Bomba Beri...

BELURAN - Pewujudan Balai Bomba dan Penyelamat Beluran memberikan peluang pekerjaan kepada 21...

Ong Kim Swee: Lupakan...

EKORAN kekalahan memalukan dibelasah 10-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), ketua jurulatih sementara...

Petani Diminta Tanam Klon Durian Bermutu Tinggi

ALOR SETAR – Para petani diminta memanfaatkan peluang untuk menanam klon durian bermutu tinggi seperti durian “Duri Hitam” dan “Musang King” dalam meningkatkan taraf eknomi mereka pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata adalah sesuatu yang merugikan petani yang enggan merebut peluang itu sedangkan kementeriannya menyediakan pelbagai insentif untuk petani menanamnya.

“Petani kena ambil peluang ini terutama yang tinggal di kampung-kampung. Sambutan daripada mereka sangat dingin.

Kita memberikan pelbagai bentuk bantuan tetapi mereka enggan merebut peluang ini untuk menanam klon-klon durian ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata demikian mengulas klon durian Duri Hitam itu yang kini mencecah harga RM120 sekilogram sebiji kerana keenakan isinya.

Tajuddin berkata klon durian berkenaan jika ditanam secara komersial sudah tentu pendapatan petani akan berubah jauh dan mampu mengubah taraf kehidupan mereka.


Sementara itu beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO mahu seluruh pengundi terutama di Bahagian Kubang Pasu menolak perjuangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini tersasar jauh.

“Walaupun ia pernah mewakili penduduk di Kubang Pasu terutamanya selama kira-kira 30 tahun namun kini Dr Mahathir mahu membawa kita kepada kehancuran parti yang diterajuinya dahulu,” katanya.

Beliau yakin pengundi di bahagian itu akan menolak Dr Mahathir dan pembangkang sebaliknya akan memberikan undi berganda kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Kategori