Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ayrill Hilang Selepas Seronok...

KUALA LUMPUR - Akibat bimbang dimarahi, Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril mengambil keputusan...

Lebih 30 Tahun Warga...

KUALA LUMPUR - Siapa sangka dalam kepesatan pembangunan di ibu kota, masyarakat terlepas...

Hasilkan Inovasi Pengurusan Sumber...

KANGAR – Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA)...

Kena Pukul Sebab Kutuk...

SEORANG lelaki mengalami cedera parah akibat dipukul oleh sekumpulan samseng selepas isterinya meninggalkan komen...

Pesta Kerjaya OKU 2018 Di Ipoh Tawar 200 Peluang Pekerjaan

IPOH – Pesta Kerjaya Orang Kurang Upaya (OKU) 2018 yang bakal berlangsung Ogos ini, menawarkan sebanyak 200 peluang pekerjaan kepada golongan berkenaan dalam pelbagai sektor terutama bidang latihan dan pembangunan kemahiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sultan Idris Shah, Datuk Dr R. Ramanathan berkata pesta kerjaya yang dianjurkan pihaknya bersama Persatuan Daybreak itu akan diadakan di yayasan berkenaan, di sini, pada 25 Ogos.

Katanya, pesta kerjaya yang dianjurkan pertama kali itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Perak.

“Kita menganjurkan pesta kerjaya ini bertujuan memberi peluang kepada golongan OKU yang sukar mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan mereka.

“Kebanyakan golongan OKU mempunyai kemahiran dan mampu bekerja untuk memiliki pendapatan sendiri, jadi kita mahu mengetepikan sikap diskriminasi terhadap OKU dengan menawarkan pekerjaan kepada mereka,” katanya pada sidang media mengenai pesta kerjaya itu, di sini hari ini.

Ramanathan berkata pesta kerjaya yang akan bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 2 petang itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.


Beliau berkata 15 majikan daripada pelbagai sektor terlibat dalam pesta kerjaya tersebut yang berperanan memberi khidmat nasihat dan pendedahan mengenai peluang latihan pembangunan kemahiran dan latihan kepada OKU.

Katanya, syarat kelayakan untuk memohon pekerjaan sekurang-kurangnya mereka memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga ke peringkat ijazah.

Dalam pada itu, Ramanathan berharap lebih banyak majikan dalam sektor awam dan swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan berkenaan supaya mereka dapat menggunakan kemahiran dan tenaga kerja sekali gus tidak terpinggir dalam agenda pembangunan negara. – BERNAMA

Kategori