Peserta Anti Salib Taman Medan Tak Perlu Ditahan – KDN

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, peserta yang menyertai demontrasi anti salib tidak perlu ditahan atau direman.

Memetik laporan dari portal Malaysiakini, keputusan itu dibuat berikutan mereka telah memberikan kerjasama dengan memberikan kenyataan penuh kepada pihak berkuasa.

[TERDAHULU: Gereja Akur Bantahan Penduduk, Turunkan Salib]

Isu tersebut menjadi panas setelah sekumpulan penduduk di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya membuat demontrasi di hadapan sebuah gereja bagi membantah tindakan menggantung salib di dinding premis tersebut, bulan lalu.

Setelah perbincangan lanjut dibuat, jemaah gereja terbabit bersetuju menurunkan salib.

Namun, isu itu terus menjadi perbualan hangat setelah ramai pihak termasuk sebahagian umat Islam tidak bersetuju dengan protes yang dibuat kerana ia dilihat seolah-olah tidak menghormati kebebasan beragama.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Wardina Saffiyah Sindir Peserta Demo – Hanya Hantu Takut Salib

Loading...