Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Ummi Kesal Azmin Cuti...

SHAH ALAM - Semua anak tentu pernah dengar bidalan syurga di bawah telapak...

Hampir Pasti Parlimen Dibubar...

KUALA LUMPUR - Parlimen ke-13 bakal dibubarkan pada hari esok, Jumaat, 6 April,...

PAS Minta Kerajaan Terus...

KUALA LUMPUR - PAS meminta kerajaan supaya mengabaikan dakyah yang disebarkan kononnya pendakwah...

Pelajar Lagak Samseng, Aniaya...

SEBUAH video dimuat naik pengguna laman Facebook dikenali sebagai Amin Ali memaparkan kejadian...

Pesawat Bawa Hakim Mahkamah Agung Brazil Terhempas

SAO PAULO – Sebuah pesawat membawa Hakim Mahkamah Agung Brazil, Teori Zavascki, yang mengendalikan siasatan skandal rasuah membabitkan puluhan ahli politik, terhempas di pesisir pantai Rio de Janeiro, semalam.

Pesawat kecil itu meninggalkan Sao Paulo sebelum terhempas berhampiran bandar peranginan Paraty, demikian menurut sumber penerbangan awam dan tentera udara Brazil.

Terdahulu, wakil Mahkamah Agung berkata, nama Zavascki tersenarai dalam penumpang pesawat namun masih tidak dapat disahkan beliau berada dalam pesawat ketika nahas.

Anaknya, Francisco Prehn Zavascki kemudian di dalam laman Facebooknya mengesahkan bahawa bapanya menaiki pesawat berkenaan dan meminta orang ramai berdoa agar bapanya terselamat.

Sementara itu, pasukan menyelamat menemui tiga mayat di dalam bangkai pesawat, demikian menurut jurucakap bomba.


Badan Penerbangan Awam Brazil (ANAC) berkata, pesawat dua enjin Hawker Beechcraft, model C90GT berkenaan mampu membawa maksimum tujuh penumpang.

Zavascki dilaporkan sudah menilai kenyataan puluhan kakitangan eksekutif syarikat kejuruteraan Odebrecht, sebelum dijangka membuat pendakwaan membabitkan ratusan ahli politik dalam kes rasuah yang dianggap terbesar dalam sejarah Brazil.

Dalam siasatan kes itu, dianggarkan sekurang-kurangnya 6.4 bilion reais (AS$2.0 bilion) nilai suapan diberikan untuk memperoleh kontrak syarikat milik negara itu dengan 200 individu sudah dikenakan pertuduhan dengan lebih 80 orang terdiri daripada eksekutif syarikat dan ahli politik. – REUTERS/BH ONLINE

Kategori