Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri Dipukul ‘Setengah Mati’...

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itu yang mampu diungkapkan buat seorang warga emas yang...

Semangat Patriotisme Dan Kebersamaan...

KUALA LUMPUR - Semangat cintakan negara terpancar di setiap wajah ribuan insan daripada...

Elok Buat Laporan Polis...

MELAKA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR,...

Jemaah Haji N.Sembilan Diingat...

SEREMBAN – Bakal jemaah haji di Negeri Sembilan diingatkan agar menyempurnakan ibadah itu...

Pertingkat Kawalan Keselamatan Di Tabika

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang meminta pihak berkuasa supaya mempertingkat kawalan keselamatan di semua premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) bagi mengelak berlakunya kejadian jenayah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata kejadian samun bersenjata di Tabika Perpaduan Bukit Sekilau pada Khamis lepas perlu dijadikan iktibar supaya kes mengancam nyawa guru dan kanak-kanak tidak berulang lagi.

“Sebenarnya kejadian itu dikira kes tidak dijangka sebab kita jarang dengar ia berlaku di tabika mahupun taska…nampaknya, pihak berkuasa kena tingkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan,” katanya selepas Sambutan Hari Wanita dan Karnival Komuniti Persatuan Wanita (Perwani) 1Malaysia 2016 peringkat negeri di sini.

Sambutan berkenaan dirasmikan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Tabika Perpaduan Bukit Sekilau diceroboh masuk seorang lelaki bersenjata pisau sebelum menyamun barang kemas milik dua guru tabika berkenaan.


Bagaimanapun, kesemua kanak-kanak dan guru itu tidak dicederakan dan penjenayah berkenaan kemudian melarikan diri menaiki motosikal yang diletakkan di luar tabika.

Shahaniza berkata Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu bekerjasama dengan polis dalam usaha memastikan keselamatan tabika sentiasa terjamin selain guru mempunyai ilmu pengetahuan dalam aspek penjagaan keselamatan di tabika.

Pada majlis itu, Tunku Azizah Aminah menyampaikan Anugerah Tokoh Wanita Pahang 2016 bagi Kategori Orang Kelainan Upaya, Kategori Kesukarelawan dan Kategori Kepimpinan kepada para penerima yang masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori