Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Beaufort Catat Bacaan IPU...

KOTA KINABALU - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Beaufort semakin baik setakat...

Tak Undi Saya, Jawablah...

KUALA KANGSAR - Sama ada terdesak atau mungkin tidak sengaja terlepas cakap, calon...

Tipu Pelaburan, Kripto: SPRM...

PETALING JAYA: Kira-kira 74 akaun milik individu dan syarikat bernilai RM 11 juta...

Ibu Maafkan Anak Dalam...

KOTA BHARU - Kemaafan seorang ibu terhadap perbuatan anak yang mengugut untuk mencederakannya...

Persatuan Belia Islam Nasional Kecam ‘Occupy UM’

KUALA LUMPUR – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Universiti Malaya (UM) menyifatkan sekumpulan pelajar universiti itu melancarakan gerakan ‘Occupy UM’ sebagai agen dan boneka golongan liberalisme.

Biro Media dan Penerangan Pembina UM dalam satu kenyataan menegaskan, pelajar terbabit menjadi boneka golongan liberalisme secara halus dengan menggunakan alasan kebebasan akademik.

“Solidariti cuba dilakukan mahasiswa terbabit bagi menuntut keadilan ke atas lapan pelajar yang dihukum dengan melakukan bantahan yang diberi nama Occupy UM.

“Apa yang dapat dilihat, mereka telah memberi ruang kepada segelintir tokoh-tokoh liberal untuk memberi ucapan dan menunjukkan sokongan terhadap bantahan itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh wakil Pembina UM, Nurul Ain Abdullah dan Nashrul Izwan Abdul Aziz.


Biro Media dan Penerangan Pembina UM turut mengkritik penganjur `occupy UM’ kerana melaungkan slogan “Mahasiswa Merdeka”.

Menurutnya, perjuangan demokratik liberal mengangkat hak asasi manusia dengan melancarkan agenda-agenda berselindung dikhuatiri akan menghapuskan nilai–nilai Islam dalam perlembagaan negara.

“Salah satu senjata mereka adalah mengibarkan panji hak kebebasan bersuara yang kini semakin berkembang dalam jiwa mahasiswa melalui hak kebebasan berakademik,” kata kenyataan itu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori