Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remy Ishak Tolak Tawaran...

PETALING JAYA - Pelakon Remy Ishak menjelaskan dia terpaksa menolak tawaran daripada beberapa...

Dikehendaki! BNM Cari 2...

BANK Negara Malaysia (BNM) sedang mencari Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo...

Tiada SST Bagi Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Tekanan membabitkan harga rumah, bangunan perindustrian dan komersial dijangka dapat...

Tiada Masalah Isytihar Harta...

KUALA NERUS - Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersedia...

Permohonan Sijil Halal Penggiat Industri Pelancongan Meningkat

KUALA TERENGGANU – Tahap kesedaran tentang kepentingan status halal dalam kalangan penggiat industri pelancongan di negara ini kian meningkat, kata Ketua Pengarah Islamic Tourism Center (ITC) Zulkifly Md Said.

Beliau berkata melalui seminar industri halal yang dianjurkan pihaknya sejak tahun lalu, menyaksikan semakin ramai penggiat industri itu yang berminat mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagi hotel yang memiliki sijil halal untuk dapur utamanya, sehingga kini hanya terdapat lebih 300 buah hotel yang telah memperoleh sijil halal, katanya kepada pemberita selepas pelancaran seminar mengenai sijil halal di sini hari ini.

Namun bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 5,233 permohonan telah diterima yang menunjukkan peningkatan kesedaran mengenai manfaat sijil halal oleh industri perhotelan di Malaysia, katanya.


Zulkifly berkata sepanjang tahun lalu Jakim menerima sebanyak 8,022 permohonan daripada pihak hotel yang mahu mendapatkan persijilan halal.

Lebih 120 peserta yang terlibat dalam industri pelancongan seperti pemilik dan pengusaha hotel, pemandu pelancong, pengusaha restoran dan pensyarah universiti tempatan menyertai seminar itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori