Tuesday, April 23, 2024

Creating liberating content

Video: Aksi Polis Pujuk...

DETIK mencemaskan seorang anggota polis memujuk suspek penjenayah yang berlaku di Sungai Buloh...

Najib Saman Shukri, Amar,...

SAMAN.... Setelah sekian lama dimalukan secara terbuka tanpa sebarang bukti sah, Datuk Seri...

Jakim Akan Keluar Senarai...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan senarai pengimport daging...

Keindahan Turki Terletak Pada...

GAZIENTEP (Turki) - Panorama menakjubkan dan bangunan bersejarah Ottoman merupakan ciri-ciri keindahan Turki, tetapi kebaikan hati penduduknya yang...

Permohonan S/U Akhbar PM Batal Saman Mukhriz

KUALA LUMPUR – Permohonan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad untuk membatalkan saman fitnah bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan didengar pada 1 Disember.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Ooi She Yi yang mewakili Tengku Sharifuddin dan Ilyani Noor Khuszairy bertindak bagi pihak Mukhriz.

Mukhriz, 51, memfailkan saman itu pada 3 Mei lepas yang mendakwa defendan (Tengku Sharifuddin) mengeluarkan empat kenyataan iaitu pada 15, 20, 23 dan 26 April lepas.

Empat tajuk kenyataan itu adalah, ‘Prime Minister’s Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister’; ‘Prime Minister’s Press Secretary Statement on Former DPM’s Reuters Interview’; ‘Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister’s Press Secretary’ dan ‘Prime Minister’s Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamed and Mukhriz Mahathir’.

Mukhriz mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.


Tengku Sharifuddin dalam pernyataan pembelaannya menafikan empat kenyataan itu menfitnah Mukhriz tetapi menegaskan kenyataan tersebut adalah untuk menjelaskan dan menegah tuduhan yang tidak benar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya beliau tidak pernah berniat jahat atau ‘malice’ dalam menerbitkan kenyataan media itu tetapi ia diterbitkan untuk pengetahuan dan kepentingan rakyat Malaysia dan beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab besar untuk membela dan menegah tuduhan tidak benar itu agar masyarakat mendapat gambaran dan fakta sebenar yang telah dikelirukan dengan sengaja oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan politik tertentu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori