Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fizz Fairuz, Almy Nadia...

EHEMMM… Khabarnya isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia mengandung...

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar...

KUALA TERENGGANU: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari menawarkan...

Malaysia Belum Sedia Daftar...

KUALA LUMPUR - Skop tugasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang 'sensitif' menyebabkan Malaysia...

Ketua Pemuda UMNO Batu...

SUNGAI PETANI - Ketua Pemuda UMNO cawangan Batu Lintang di sini, maut selepas...

Permohonan Semakan Kehakiman Teresa Kok 14 Mac

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada 14 Mac tahun depan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman difailkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim untuk membatalkan perintah menaikkan caj parkir.

Perkara itu dimaklumkan peguam K. Muralidaran yang mewakili Kok dan Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan Mohd Yusof Abdul Rahman selepas pengurusan kes itu dalam kamar hakim Datuk Hanipah

Kok dan Mohd Yusof selaku pemohon telah memfailkan permohonan kebenaran itu pada 7 Okt lepas dengan menamakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai responden pertama hingga ketiga.

Kedua-dua pemohon menuntut satu deklarasi bahawa kenaikan caj parkir yang dikenakan adalah terlampau dan tidak munasabah, terlampau tinggi dan membebankan orang ramai.


Mereka turut mendakwa kenaikan caj dilaksanakan oleh responden juga telah gagal mengambil kira keadaan sistem pengangkutan awam yang masih belum sempurna dan tidak meliputi kebanyakan kawasan terutamanya di pinggir bandar.

Peguam Datuk S. Satharuban bertindak bagi pihak Mhd Amin Nordin manakala Peguam Kanan Persekutuan Mazifah Ayub mewakili Tengku Adnan dan DBKL. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori