Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Perkasa Pendidikan Seks Sedari...

KUALA LUMPUR - "Hidup mewah, hidup bergaya. Serba-serbi mahu berjenama". Gaya kehidupan sebegini...

Asajaya Diistihar Kawasan Wabak...

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan Kampung Sampun...

Ali Arah KSU, Ketua...

PUTRAJAYA - Semua ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan telah diarah menjalankan siasatan...

“Keyakinan & Sokongan Ikhlas...

KUANTAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keyakinan dan sokongan...

Permohonan IPGM Dilanjutkan Hingga Malam Ini

BESUT – Permohonan bagi kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan melalui dalam talian telah dilanjutkan sehingga pukul 11.59 malam ini.

Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, Sulaiman Wak berkata ia bagi membolehkan calon-calon yang berkelayakan membuat permohonan dan mengesahkan permohonan mereka setelah tempohnya yang sepatutnya berakhir pada pukul 11.59 malam tadi.

Sistem dalam talian bagi permohonan itu telah mengalami gangguan teknikal sepanjang hari semalam dan menyebabkan calon-calon yang hendak membuat permohonan dan mengesahkan permohonan melalui talian menghadapi masalah.

“Gangguan teknikal berkenaan bagaimanapun telah berjaya dipulihkan petang semalam bagi membolehkan IPGM melanjutkan tempoh permohonan dan pengesahan permohonan sehingga tengah malam ini,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri pertandingan akhir Festival Dikir Pendidik antara empat daripada lapan kumpulan IPGM seluruh negara bagi merebut Piala Pusingan Menteri Pendidikan Kedua di IPG Kampus Sultan Mizan di sini lewat malam tadi.

Sulaiman berkata sebanyak 3,200 calon akan dipilih melalui temuduga bagi menyertai IPGM untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan tahun ini membabitkan pelbagai opsyen di 27 buah IPGM di seluruh negara.

Katanya IPGM akan meneruskan kolaborasi dengan beberapa pusat pengajian tinggi luar negara seperti United Kingdom, New Zealand dan Australia bagi membolehkan tenaga pengajar di IPGM berkongsi teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris untuk diaplikasikan di IPGM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Guru

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori