Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kisah Suspek Tebusan Sydney,...

Suspek insiden tebusan di Sydney, Australia dikenali sebagai Man Haron Monis yang terbunuh...

Jangan Buat PRU Sekarang...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)...

AS Mohon Tangguh 5G,...

WASHINGTON : Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) meminta pengendali telekomunikasi AT&T dan Verizon...

Peperiksaan UPSR Diteruskan Di...

ALOR SETAR - Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Kedah akan diteruskan...

Perluasan Akan Lonjak Pertumbuhan Penumpang Langkawi

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yakin perluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) akan melancarkan lagi pertumbuhan penumpangnya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata MAHB telah menerima lebih banyak minat daripada syarikat penerbangan asing untuk beroperasi di LGK.

“Pada 2017, LGK mencatatkan 2.7 juta pergerakan trafik penumpang dengan peningkatan sebanyak 14.6 peratus bagi penumpang antarabangsa.

“Bagi tahun ini setakat Jun, pergerakan trafik penumpang antarabangsa meningkat sebanyak 23.9 peratus dari tempoh yang sama 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peluasan LGK telah selesai dan lapangan terbang itu dibuka untuk operasi mulai hari ini pada 6 pagi tadi.

Projek perluasan yang bermula pada Oktober 2017 telah meningkatkan kapasiti lapangan terbang itu daripada 1.5 juta penumpang setahun kepada 4.0 juta penumpang setahun.

Raja Azmi berkata, pada masa ini, terdapat enam syarikat penerbangan beroperasi dari LGK ke empat destinasi domestik dan lima destinasi antarabangsa dengan kekerapan mingguan terkumpul sebanyak 238 penerbangan.


Beliau berkata, LGK akan berkedudukan lebih baik untuk menyokong pertumbuhan Langkawi sebagai destinasi pelancongan popular serta berperanan menjadi pemangkin lebih besar kepada pembangunan ekonominya.

“Secara keseluruhan, ia juga akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab global pilihan,” katanya.

Projek perluasan itu meningkatkan luas lantai kasar keseluruhan bangunan terminal daripada 15,000 meter persegi kepada 23,000 meter persegi sekali gus menjadikan tahap keselesaan bagi setiap penumpang adalah 22 meter persegi.

Di samping itu, kemudahan terminal juga telah ditambah baik untuk mengurangkan kesesakan selain mempertingkat kecekapan operasi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAHB

Kategori