Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Denda RM10 Juta Menanti...

PUTRAJAYA - Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) mencadang mewujudkan denda...

PROTIGA: Sendiri Pilih DreamEDGE,...

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking untuk...

Kertas Siasatan Tragedi Bot...

KOTA KINABALU - Kertas siasatan berhubung tragedi bot katamaran yang karam di perairan...

Indonesia Digesa Tidak Laksana...

SYDNEY – Para pemimpin agama di Australia menggesa pemerintah Indonesia supaya menunjukkan belas...

Perlu Lebih Tindakan Henti Larangan Minyak Sawit

KUALA LUMPUR – Lebih banyak perundingan dan tindakan susulan diperlukan bagi menghapuskan ancaman Kesatuan Eropah (EU) untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel, kata veteran industri, Tan Sri Dr Yusof Basiron.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) memberitahu Bernama yang pendirian Malaysia masih tidak dipedulikan walaupun pelbagai perbincangan telah dijalankan di peringkat kerajaan ke kerajaan.

“Beberapa kenyataan yang jelas telah dikeluarkan kerajaan negara pengeluar minyak sawit utama untuk menentang larangan itu, malah ada yang menyatakan kemungkinan tindakan atau tindak balas perdagangan, termasuk merujukkanya ke Pertubuhan Perdagangan Dunia, bagi menghalang EU daripada melaksanakan larangan minyak sawit untuk biofuel,” katanya.

Yusof berkata, pejabat perwakilan MPOC dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia di EU telah menyedari keperluan untuk menentang larangan itu apabila ancaman tersebut mula muncul.

Berikutan itu, pelbagai inisiatif telah diambil, termasuk perbincangan berterusan dengan negara EU bagi menentang larangan oleh blok perdagangan berkenaan.

Parlimen EU pada 17Januari 2018 telah mengundi untuk melarang penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit menjelang 2021 manakala biofuel berasaskan minyak sayuran lain seperti minyak soya dan biji sesawi boleh terus diguna sehingga 2030.

Sepanyol adalah negara EU terbaru yang menentang resolusi berkenaan selepas Perancis, Sweden, United Kingdom (MP Konservatif yang menjadi anggota parti pemerintah Perdana Menteri Theresa May), Jerman dan Belanda.

Yusof berkata, negara pengeluar minyak sawit menentang larangan ini yang dianggapnya diskriminasi perdagangan yang akan menjejaskan eksport ke EU, kerana minyak soya dan minyak biji sesawi yang dihasilkan Eropah dikecualikan daripada larangan itu.

“Ada juga anggota Parlimen Eropah yang simpati dan mahu mengekalkan hubungan perdagangan yang baik dengan negara pengeluar minyak sawit.


“Ini dapat dilihat dalam pindaan yang dikemukakan oleh 57 anggota Parlimen Eropah untuk menggugurkan larangan ke atas biofuel minyak sawit. Bagaimanapun 492 anggota Parlimen itu menyokong larangan tersebut, walaupun jumlahnya jauh berkurangan daripada 640 yang mengundii menyokongnya pada April 2017,” katanya.

Menurut Yusof, adalah lumrah untuk Parlimen EU untuk mengundi berdasarkan trend populariti berikutan pemeriksaan akan datang untuk meluluskan Rang Undang-Undang Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui (RED) akan dilakukan pada mesyuarat tiga pihak, di mana majlis itu akan membincang dan mencadangkan versi akhir Rang Undang-Undang RED.

Mesyuarat tiga pihak itu akan merangkumi wakil kerajaan negara anggota EU, Suruhanjaya dan Parlimen tersebut.

“Dijangkakan Majlis dan Suruhanjaya itu yang kompeten secara teknikal dengan kesan undang-undang, ekonomi dan saintifik mengenai pengharaman diskriminasi yang dicadangkan terhadap minyak sawit, tidak menyokong larangan terbabit.

“Kita berharap setiap larangan penggunaan biofuel pada masa akan datang untuk diluluskan dalam Rang Undang-Undang RED tidak akan mewujudkan diskriminasi terhadap minyak sawit,” kata Yusof. – BERNAMA

Kategori