Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Tun M Mahu Singkir...

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamed, seharusnya bersara secara terhormat dan membenarkan anaknya,...

iOS 8 Boleh Dimuat-Turun...

Dengan pengenalan Apple iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus, pihak Apple turut...

Saya Agak KDN, Tetapi...

KULIM : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tidak menyangka akan dilantik...

JPJ Terengganu: 781 Notis...

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 781 notis saman dalam...

Perlu Bentuk Jawatankuasa Khas Kebakaran Semporna

SEMPORNA – Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata ada keperluan agar diwujudkan satu jawatankuasa khas untuk mengendalikan insiden kebakaran, khususnya yang berskala besar di daerah ini.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya, berkata jawatankuasa itu boleh membincangkan langkah pencegahan awal serta strategi penyelamatan.

“Perkara ini saya serahkan kepada pegawai daerah Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya selepas menyerahkan sumbangan wang tunai kepada mangsa kebakaran di Kampung Panji Lohok, di sini hari ini.

Kejadian petang semalam itu melibatkan 10 keluarga.

Mengenai mangsa kebakaran itu, Ramlee berkata beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan  untuk membina petempatan bagi mereka.


Beliau turut mengumumkan pemberian 10 penjana kuasa untuk kegunaan memadam kebakaran kepada lapan perkampungan atas air di daerah itu.

“Penjana kuasa ini perlu bagi membantu bomba mengawal kebakaran dengan cepat,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori