Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bomba Tambah Anggota Atasi...

MELAKA: Jumlah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di seluruh negara tidak...

Dua Bot Nelayan Vietnam...

SANDAKAN - Dua bot nelayan Vietnam bersama 29 kru dan tekong ditahan oleh...

Cara Pelik Puaskan Nafsu...

TAIPEI - Seorang lelaki di Taiwan yang cuba cari kepuasan seksual menggunakan alat...

1MDB: PDRM Hantar Pegawai...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pegawainya ke Thailand bagi...

PERKESO Gesa Majikan Bayar Caruman Dalam Talian

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menggesa lebih ramai majikan membayar caruman dalam talian melalui portal layan diri Perkeso Assist (Automated Socso Integrated System) untuk memudahkan urusan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata melalui kaedah itu, majikan boleh membuat pembayaran caruman tanpa sebarang caj tambahan.

“Melalui portal Assist ini, bayaran dibuat dalam talian menerusi Pertukaran Proses Kewangan (FPX) dan majikan hanya perlu mempunyai akaun perbankan internet, sama ada akaun peribadi atau akaun korporat untuk melakukan transaksi pembayaran dalam talian.

“Majikan tidak perlu pergi ke kaunter Perkeso atau kaunter bank. Transaksi pembayaran boleh dilakukan di mana sahaja dan masa pemprosesan pembayaran boleh dikurangkan dengan banyak,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Perkeso, Paynet dan RHB Islamic di sini hari ini.

Mohammed Azman menandatangan bagi pihak Perkeso, RHB Islamic diwakili pengarah urusannya Datuk Adissadikin Ali manakala Payments Network Malaysia (PayNet) oleh pengarah pembayaran runcitnya, Siek Kar Teck.

Portal Assist yang dilancarkan pada 1 Jan tahun ini bertujuan memudahkan majikan membuat pendaftaran, mengemas kini maklumat majikan dan pekerja serta membuat bayaran caruman.


Mohammed Azman berkata sejak dilancarkan sehingga 7 Ogos, portal Assist telah mencatatkan 353,439 pendaftaran majikan dan 278,730 transaksi pembayaran menerusi FPX.

Katanya, dengan FPX, majikan boleh membuat pembayaran menerusi perbankan internet seperti RHB Reflex, Maybank2e, Pbebank dan bank-bank peserta lain.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Perkeso, www.perkeso.gov.my, dan https://assist.perkeso.gov.my/employer/login atau hubungi pusat khidmat pelanggan Perkeso di 1300 22 8000. – BERNAMA

Kategori