Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Annuar Nafi Terlibat Proses...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan...

Skuad Renang Paralimpik Azam...

KUALA LUMPUR – Skuad renang paralimpik negara berazam memperbaiki pencapaian tujuh pingat emas...

Raja Azmi Akui Keluar...

LEBIH seminggu yang lalu, heboh cerita mengenai produser kontroversi, Raja Azmi yang dikatakan...

Atlet Paralimpik Negara Ditahan...

ALOR SETAR - Seorang atlet paralimpik badminton negara ditahan Jabatan Imigresen kerana dipercayai...

Perjalanan Terus Ampang & Sentul Timur Khamis Ini

KUALA LUMPUR – Bermula Khamis ini, pengguna perkhidmatan Rapid KL Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang boleh menikmati perjalanan terus dari stesen Ampang ke Sentul Timur tanpa perlu lagi menukar tren di stesen Chan Sow Lin.

Ia berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem isyarat atau terma teknikalnya Communication-Based Train Control (CBTC) untuk keseluruhan Laluan Ampang dan Sri Petaling bagi kegunaan tren AMY baharu enam gerabak, telah pun siap.

“Bermula 1 Disember ini, keseluruhan Laluan Sri Petaling dan Ampang akan menggunakan tren AMY enam gerabak. Tren Adtranz yang digunakan sejak 1996 untuk laluan Ampang kini akan ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Zohari Sulaiman dalam kenyataan hari ini.

Sebuah anak syarikat Prasarana, Rapid Rail merupakan pengendali Rapid KL LRT Laluan Ampang, Sri Petaling, Kelana Jaya, Monorail dan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, yang akan memulakan Fasa 1 antara Sungai Buloh dan Semantan pada 16 Disember.


Prasarana memperoleh sebanyak 50 tren baharu enam gerabak dari CRRC Zhuzhou Electric Locomotive, China untuk LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling termasuk 11 stesen baharu yang dibina di bawah Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP).

Sehingga kini, 45 set tren telah dihantar kepada Rapid Rail dengan lima set lagi sedang dipasang di kilang CRRC di Batu Gajah, Perak dan dijangka diserahkan secara berperingkat menjelang Januari tahun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori