Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

‘Mowgli’ Mungkin Sudah Temui...

SEBUAH keluarga mendakwa kanak-kanak perempuan yang ditemui hidup bersama sekumpulan monyet di dalam...

Pelayan Restoran Dituduh Rogol...

KOTA KINABALU - Seorang pelayan restoran dituduh di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas...

Perkongsian Kuasa Pelbagai Kaum...

TENOM – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Radin Malleh berkata perkongsian...

Terminal Bas Bakal Laksana...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan sedang berusaha untuk memastikan semua terminal pengangkutan bas...

Perintah Berkurung Esszone Dilanjutkan 19 Mac

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 19 Mac ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Beliau berkata dengan pelanjutan yang bermula esok itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut antara 6 petang hingga 6 pagi.

Kawasan perairan yang terlibat dalam perintah berkurung itu meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Perintah berkurung di kawasan laut diteruskan bagi memastikan perairan Sabah tidak diceroboh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan,” katanya.

Berdasarkan maklumat, katanya, kumpulan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.


Ramli berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamatan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta mereka yang tinggal di kawasan daratan Esszone.

Katanya, perintah berkurung itu juga memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan di kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya. – BERNAMA

Kategori