Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjut Hingga 14 Mac

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa ke-15 mulai esok hingga 14 Mac ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor iaitu bagu menjaminkan keselamatan dan kesejateraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di ESSZONE.

“Ia juga bagi memudahkan penguatkuasaan, memantau segala pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

“Langkah ini mendapat sokongan pengusaha pelancongan dan aktiviti perikanan dalam menjamin keselamatan perairan termasuk pulau di persempadanan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, kuasa telah diberikan kepada semua ketua polis daerah di ESSZONE untuk mengeluarkan permit kepada pemohon bagi tujuan perikanan atau aktiviti laluan yang mendesak. – BH Online