Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Parti Komponen BN Diminta...

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak 'menggelabah'...

Syarul Ridzwan Enggan Lakonkan...

PELAKON lelaki yang semakin mekar namanya dalam bidang seni, Syarul Ridzwan enggan melakonkan...

Sunway Iskandar XPark Mampu...

JOHOR BAHRU - Sunway Iskandar XPark, sebuah taman tema sukan ekstrem yang dibina...

Kisah Hidup Ringkas Noor...

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui ramai .

Perintah Berkurung Di Esszone Tidak Jejas Ekonomi

KUALA LUMPUR – Perintah berkurung di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) sejak Julai lepas tidak menjejaskan aktiviti perikanan dan pelancongan di kawasan berkenaan, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata jumlah ketibaan pelancong asing terus menunjukkan peningkatan sejak permulaan perintah berkurung berbanding sebelum perintah itu dikeluarkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata perangkaan data di pusat-pusat peranginan di kawasan itu menunjukkan peningkatan ketibaan dan tempahan di kalangan pelancong asing mulai minggu pertama Oktober sehingga Disember depan.

Katanya para nelayan juga dibenarkan keluar menangkap ikan pada waktu berkurung dengan syarat memohon permit daripada Ketua Polis Daerah.

“Sebanyak 1,697 permit telah dikeluarkan sejak 19 Julai hingga 9 Okt,” katanya menjawab soalan Datuk Linda Tsen Thau Lin (BN-Batu Sapi) yang ingin tahu impak perintah berkurung di kawasan Esscom ke atas ekonomi di Pantai Timur Sabah.


Shahidan berkata perintah berkurung yang dilaksanakan bukan untuk menyusahkan rakyat, sebaliknya untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan memudahkan pemantauan sebarang pergerakan di luar kebiasaan.

Katanya di samping mengawal ancaman luar, pasukan keselamatan di ESSZone juga memberi perhatian kepada jenayah dalaman di kawasan itu.

Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di perairan enam daerah di ESSZone iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau kini dilanjutkan sehingga 6 Nov bermula 7 malam hingga 5 pagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori