Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Permohonan Muhyiddin Ketepi Tuduhan...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 Julai untuk mendengar permohonan bekas...

Berdepan Banjir Besar Tak...

TATAU - Lebih seminggu lalu guru wanita ini terpaksa berdepan dengan situasi banjir...

Nahas Jalan Raya Meningkat...

SUNGAI PETANI - Jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara mencatatkan peningkatan sebanyak 1,620 kes atau 10 peratus iaitu 17,147...

7 Remaja Lumba Guna...

GEORGE TOWN - Polis menahan tujuh remaja lelaki yang sedang berlumba basikal lajak...

Perintah Berkurung Di ESSZone Dilanjut Hingga 13 Sept

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir semalam dilanjutkan hingga 13 Sept depan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran serta bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan ESSZone.

Katanya berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Ramli berkata perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.


“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – BERNAMA

Kategori