Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Agensi Kerajaan, Swasta, Masyarakat...

KUDAT - Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang meminta semua agensi...

200 Anggota PKR Pulau...

BUKIT MERTAJAM - Seramai 200 anggota PKR Bahagian Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Nibong...

Pemprosesan Permohonan BR1M Selesai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemprosesan permohonan...

Watson Buat Laporan Polis...

MIRI - Bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek hari ini membuat laporan polis...

Himpunan Haram: 2 ADUN Perak & 4 Lagi Diperintah Bela Diri

KUALA LUMPUR – Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak dan empat individu lagi diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa perhimpunan haram #Kitalawan, tahun lepas.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh pada akhir kes pendakwaan dan pertuduhan terhadap mereka tidak cacat.

“Sepanjang perbicaraan, semua keterangan yang diberi tidak menyimpang, oleh itu mahkamah berpendapat pertuduhan tersebut tidak perlu dipinda kerana pertuduhan tidak mengelirukan,” katanya.

Kesemua tertuduh termasuk dua ADUN daripada PKR itu ialah Chang Lih Kang, 35 yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Teja dan Tan Kar Hing, 33, yang mewakili DUN Simpang Pulai.

Empat yang lain ialah Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak Chee Chu San, 40, dan pembantunya, Yong Ming Chong, 48, bekas Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya N. Tamilarason, 53, dan aktivis Gan Zhi Mou, 24.

Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama dengan sengaja menghalang pegawai DBKL, Mohd Hariyadi Mohd Nor, 34, dan pasukannya daripada menjalankan tugas di Jalan Tun Perak, Persimpangan Jalan Raja Laut berhampiran air pancut, Dang Wangi pada 12.25 tengah malam, 27 Mac 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Mahkamah juga memerintahkan Chee membela diri atas satu lagi pertuduhan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang lagi pegawai DBKL, Mat Fuat Yusoff, 50, daripada menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam pada masa, tempat dan hari yang sama.

Pendakwaan terhadap Chee dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan dua hari pada 28 dan 29 November untuk kesemua tertuduh membela diri. Mereka diwakili peguam Gobind Singh Deo, Haijan Omar, Melissa Sasidaran dan Eric Paulsen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry. Sebanyak 14 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori