Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hero Filem Tamil Diserang...

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam.Kejadian dikatakan berlaku ketika Gandhi yang banyak membintangi filem Tamil bersama pelakon lain, Vijay Sethupati baru tiba di lapangan terbang tersebut bersama.Difahamkan, Gandhi bertelingkah dengan seorang penumpang pesawat lain, Johnson, lapor India Today.

Penyokong Buat Onar, FIFA...

PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghormati keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)...

Bantulah Ibu Dan Bayi...

BANJIR besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia ternyata mengundang 1001 cerita dan pengalaman...

Perjuangan Tun M Bukan...

JELEBU - Veteran UMNO, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan perjuangan bekas perdana...

Peraturan Tidak Dipatuhi: MH370

KUALA LUMPUR – Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata hari ini, satu laporan siasatan dikeluarkan kepada mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu bagi menjelaskan kehilangan misteri pesawat berkenaan.

Laporan itu dikeluarkan dua bulan selepas Malaysia menghentikan pencarian bawah laut dibiayai swasta terhadap kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari ibu kota ini pada 8 Mac 2014, dalam satu daripada misteri terbesar dunia.

Laporan itu mengetengahkan kesilapan dan protokol serta peraturan yang tidak dipatuhi, kata keluarga penumpang kepada media selepas taklimat itu. Laporan itu dijangka dikeluarkan jam 2.30 petang waktu tempatan.

“Kami berharap kesilapan tidak berulang dan langkah diambil untuk menghalang kejadian di masa akan datang.

“Maklumat yang mereka tekankan adalah, laporan ini bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak, ia hanyalah siasatan keselamatan,” kata Grace Nathan, seorang peguam yang mana ibunya, Anne Daisy berada dalam pesawat itu.


Pada 29 Mei lalu, Malaysia menghentikan pencarian tiga bulan oleh firma Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity, meliputi kawasan seluas 112,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi dan ditamatkan tanpa penemuan ketara.

Ia adalah pencarian terbesar kedua selepas Australia, China dan Malaysia menamatkan pencarian tanpa hasil menelan belanja AS$200 juta (RM812.91 juta) untuk kawasan seluas 120,000 kilometer persegi tahun lalu.

Dalam pada itu, penyiasat yang mengeluarkan laporan siasatan hari ini berkata, mereka gagal mengenal pasti punca satu daripada misteri terhebat dalam sejarah penerbangan dunia.

“Pasukan gagal mengenal pasti punca sebenar kehilangan MH370. Jawapan itu dapat dimuktamadkan jika bangkai pesawat ditemui,” kata Ketua Pasukan Siasatan Keselamatan MH370, Kok Soo Chon kepada media. – MyMetro

Kategori