Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Blogger Seks Alvin Tan...

Umum mengenali Alvin Tan yang ditahan beberapa bulan lalu akibat penghinaannya kepada umat...

Skim Ujrah PTPTN Menjimatkan...

KUALA LUMPUR - Skim Pinjaman Ujrah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang...

Ratusan Demo Bantah DAP...

GEORGE TOWN - Kira-kira 200 penduduk berkumpul di Taman Manggis di sini selepas...

Pengawal Selia Sektor Bertemu...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas baru-baru...

Perarakan Dan Perlumbaan Bot Di Sungai Kelantan Meriah

KOTA BHARU – Sambutan Bulan Kebangsaan di Kelantan meriah dengan perarakan 61 bot berhias Jalur Gemilang menyusuri Sungai Kelantan sejauh 10 kilometer hari ini.

Disertai ratusan belia dan petugas pelbagai agensi kerajaan, semua bot berkenaan mula berarak dari Menara Tinjau, Tambatan Diraja pada jam 3 petang ke Lembah Sireh di sini sebelum berakhir di jeti yang sama, empat jam kemudian.

Selain perarakan, suasana tambah meriah apabila golongan belia menampilkan bakat masing-masing dalam perlumbaan bot bagi menyemarakkan sambulan Bulan Kemerdekaan ke-61.

Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Mohd Syahbuddin Hashim berkata sukan perlumbaan itu dilihat mampu mencungkil bakat anak muda di samping memperkenalkan kawasan tarikan pelancongan di sepanjang sungai berkenaan.

“Secara tidak langsung, ia dapat mengangkat nama Sungai Kelantan yang telah lama sepi dari aktiviti dan program sebegini dengan tarikan pengunjung yang ramai,” katanya.


Majlis atas inisiatif MAYC itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat ,

Hadir sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Nazili Mahmood dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bot

Kategori