Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Najib Ziarah Jenazah Maznah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi...

Penjawat Awam Individu Paling...

KUALA LUMPUR - Saban tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima jutaan permohonan daripada...

Guru Cemerlang Di Sekolah...

DENGKIL : Guru Cemerlang di sekolah rendah kini berpeluang menikmati kenaikan ke gred...

7 Suspek Dibawa Ke...

KUALA LUMPUR - Tujuh remaja yang ditahan dalam siasatan kes kebakaran pusat tahfiz...

Perangi LGBT Lebih Agresif

PASIR MAS – Majlis Agama Islam perlu melancarkan kempen kesedaran lebih agresif terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) bagi mengelakkan aktiviti songsang itu menular dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.

Presiden Persatuan Ayahanda Anakanda Malaysia (PAAK), Datuk Suzainal Adnan Sukri, berkata kempen itu boleh dilakukan menerusi seminar, taklimat atau ceramah.

Katanya, sebagaimana Islam adalah agama rasmi negara ini, LGBT adalah perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran agama kerana ia mengamalkan gaya hidup songsang.

“Kita bimbang jika tidak dikawal, gejala songsang ini akan terus menular dan perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

DATUK Suzainal Adnan Sukri (tengah) bergambar dengan sebahagian bakal calon UPSR yang akan bermula pada 20 September ini ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Durian. – Foto Nik Abdullah Nik Omar
Beliau ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Durian, di sini bagi mengagihkan set alat tulis kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan bermula 20 September ini.

Suzainal Adnan menggesa agar kerajaan baharu lebih bertegas menangani isu LGBT meskipun ia bukan isu yang baharu.

Katanya, kebimbangan itu disuarakan apabila semakin ramai aktivis LGBT berani menyuarakan tuntutan hak kesamarataan mereka, malah semakin ramai individu yang mengamalkan gaya hidup songsang tanpa segan silu muncul di media sosial.


“Saya cadangkan agar ditubuhkan satu badan di setiap negeri untuk memulihkan mereka yang terjebak dalam kegiatan ini agar kembali ke pangkal jalan.

“Seperti hukuman yang dilakukan kerajaan Terengganu semalam terhadap pasangan lesbian, ia adalah tindakan yang sepatutnya bagi memberi kesedaran kepada pengamal LGBT lain untuk kembali kepada fitrah manusia normal,” katanya.

Terdahulu, agihan menerusi konvoi perarakan kibarkan Jalur Gemilang itu turut dilakukan di dua sekolah dalam daerah Tumpat iaitu SK Pasir Pekan dan SK Kutan, membabitkan 600 set alat tulis.

Turut hadir, dua selebriti iaitu pelakon yang popular dalam drama bersiri Gerak Khas, Z Zamri dan Arif daripada Kumpulan Kapilla. – BH Online

Kategori