Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Farid Berkelakuan Pelik Sejak...

SATU demi satu cerita di sebalik misteri insiden penahanan aktor Datuk Farid Kamil...

Tuntutan Balas 5 Bekas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan tuntutan balas yang difailkan lima...

Polis Siasat Kenyataan Abdul...

Kuala Lumpur : Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disiasat berhubung kenyataan...

Penjawat Awam Johor Diharap...

ISKANDAR PUTERI - Penjawat awam di negeri ini diharap menjadikan komitmen kerja Perdana...

Perancis, UK Dan Jerman Kesal AS Tarik Diri JCPOA

TEHRAN – Perancis, Jerman dan United Kingdom menyesali keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menarik diri daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) berkaitan senjata nuklear Iran, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Tindakan itu mungkin menyebabkan rejim pengawalan senjata nuklear terjejas, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron menerusi akaun Twitter.

Presiden AS Donald Trump pada Selasa telah mengumumkan bahawa Washington akan menarik diri daripada perjanjian senjata nuklear Iran dan mengenakan semula sekatan ke atas negara itu.

Langkah itu tetap diambil meskipun kebanyakan kuasa dunia termasuk Rusia, China dan Kesatuan Eropah berulang kali menegaskan kepentingan perjanjian itu demi menjaga keamanan serta keselamatan dunia.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) turut mengesahkan sebanyak 11 kali bahawa Iran komited dengan kewajipannya di bawah perjanjian nuklear itu.


Sementara itu, Presiden Hassan Rouhani pada Selasa berkata beliau telah mengarahkan Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) agar bersedia untuk menyambung semula pengayaan tenaga nuklear di peringkat industri. – BERNAMA

Kategori